Doaku buat Guan Eng

Posted on September 26, 2010

3


  • FAKTA PERTAMA: Pendedahan ini dibuat oleh Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Pulau Pinang, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi.
  • FAKTA KEDUA: Peristiwa ini terjadi pada hari Jumaat, 25 Jun 2010, Khatib Masjid Padang Menora, Tasek Gelugor P.Pinang iaitu Ustaz Zakaria Ahmad telah menukar bacaan khutbah Jumaatnya dengan memasukkan nama Ketua Menteri Lim Guan Eng didalam doa bagi menggantikan nama Yang Di Pertuan Agong. [Utusan]
  • FAKTA KETIGA: Zakaria membacakan doa yang berbunyi “Ya Allah Ya Tuhanku, Kau selamatkanlah pemimpin kami Lim Guan Eng dan rakan-rakan kepimpinan kerajaan negeri”.
  • APA KATA MEREKA?

“Saya pun baca dalam media, saya tak dapat laporan daripada mana-mana pihak sama ada kenyataan itu benar atau pun tidak” – Muyiddin Yasin, Timbalan Perdana Menteri. [Utusan]

“Ianya merupakan satu fitnah” – DS Anwar Ibrahim, Ketua Pembangkang.. [Bernama]

“…hukum orang Islam mendoakan kesejahteraan dan kebahagiaan untuk orang bukan Islam adalah haram apatah lagi apabila ia dibaca di dalam khutbah Jumaat..” – Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria. [Berita Harian]

Posted in: Dee Moro