Parkir

Posted on September 26, 2010

1


Isu: Masalah parkir bagi pelajar dan staf UiTM Shah Alam.

Fakta: Jumlah staf lebih kurang 11,000. Jumlah pelajar lebih kurang 50,000. Jumlah lot parkir adalah lebih kurang 6,000 parkir. Hampir 5,000 daripadanya adalah parkir staf. 1,000 adalah utk pelajar. Ini menunjukkan 1:2 dari jumlah staf berhak mendapatkan parkir, dan hanya 1:50 SAHAJA dari jumlah pelajar yg boleh menggunakan kemudahan parkir di kampus.

Kepentingan Parkir: Memudahkan pergerakan pelajar dan staf dari satu lokasi ke lokasi yg lain. Dapat menjimatkan masa dan tenaga.

Masalahnya: Kawasan UiTM Shah Alam yg berbukit-bukit dan sempit serta lot parkir yg terhad.

Keadaan semasa: Konsep ‘park & ride’ anjuran pentadbiran universiti utk pejalar SAHAJA. (park di padang kawad dan ride bas-bas UiTM dan Rapid KL yg tidak efisien. Kadar frekuensi bas amatlah mengecewakan, walaupun penambahbaikan nya adalah janji paling manis yg dilontarkan ketika pilihanraya kampus! Konsep parkir berpalang, khas utk staf SAHAJA. Pelajar dilarang sama sekali parkir di parkir staf atau ‘forbidden lots’ (baca: sacred lots). Jgn khuatir, saman dan clamp adalah perkara biasa! Jika 500 pelajar menyalahgunakan parkir staf – denda RM25! 500 pelajar bermakna pada satu satu masa UiTM dapat mengutip RM12,500 dari duit denda sahaja!

Solusi: Konsep parkir berkuota (parkir utk staf dan pejalar yg ADIL), pembukaan kawasan atau taman parkir yg baru dan lebih luas (multi storey lots) – UiTM adalah universiti awam yg terbanyak peruntukan kewangannya! Meningkatkan frekuensi perjalanan bas UiTM dan Rapid KL (*sigh).

Nota kaki: Jumlah pelajar yg kian meningkat (sasaran 200,000 pelajar menjelang 2015) perlu diambil kira. Isu parkir ini remeh, tapi bukankah ini hak pelajar dan staf utk berkenderaan ke kampus? Apakah pihak pentadbiran universiti peka terhadap perkara remeh ini? Bagaimana dgn isu dan masalah bangsa yg lebih besar dan rumit?


ditulis oleh: Peripatetic

Posted in: Peripatetic