Ekstrimis Serumpun

Posted on September 29, 2010

0


Tiga anggota pengawal pengawasan perikanan Kementerian Kelautan dan Perikanan Indonesia ditahan Polis Diraja Malaysia di perairan berkenaan beberapa hari lalu kerana menceroboh perairan Malaysia.

Kesan:

  1. kira-kira 70 bendera Malaysia dilaporkan dibakar di Batam oleh Pemuda Pancasila sebagai bantahan dan protes terhadap kerajaan Malaysia.
  2. Pemuda Pancasila Batam juga membakar sejumlah gambar pejabat Pemerintah Malaysia dan wang ringgit.
  3. Sekumpulan rakyat Indonesia melemparkan najis manusia dan memijak Jalur Gemilang ketika berdemonstrasi di depan kedutaan Malaysia di Jakarta, Isnin lalu.
  4. Laskar Merah Putih (LMP) bertindak merosakkan plak nama kedutaan itu selain peserta memanjat pintu pagar dan bumbung pondok pengawal keselamatan di itu.
  5. kumpulan Bendera yang membuat ugutan mengusir rakyat Malaysia menimbulkan rasa kemarahan dan keresahan rakyat Malaysia di Indonesia.
  6. Kedutaan Besar Malaysia menghantar nota protes kepada Kementerian Luar Negeri Indonesia dan Polis Republik Indonesia kerana pihak polis gagal melindungi harta benda kedutaan itu daripada dirosakkan, selaras dengan perlindungan yang dinyatakan di bawah Konvensyen Vienna.

ditulis oleh: Pe’ah

Posted in: Pe'ah