Mahasispolitik

Posted on September 29, 2010

0


Dinihari, kita sebagai mahasiswa selesa dengan kedinginan angin malam yang selama ini cukup membuatkan kita selaku pemegang peratusan golongan pengundi terbanyak di negara ini, tidur nyenyak dan nyaris mati ditelan dek arus evolusi pemikiran.  Kita di kejutkan dengan azan subuh yang lantang berkumandang dan cukup bagi membangkitkan serta mengerakan anggota badan untuk duduk dan berfikir  apa langkah seterusnya.

Baru – baru ini, saudara Saifuddin Abdullah selaku pemegang jawatan timbalan menteri pendidikan pengajian tinggi telah mengeluarkan artikel yang mencetus pelbagai tanggapan terhadap isu mahasiswa dan aktiviti politik.

Menerusi artikel beliau, “realitinya jumlah yang ingin menjadi ahli parti politik adalah kecil, iaitu kumpulan minoriti. Majoriti tidak berminat. Tetapi, kumpulan majoriti tidak boleh menghalang pilihan yang ingin dibuat oleh kumpulan minoriti. Apalagi, dalam hal ini, pilihannya itu dijamin oleh Perlembagaan”.

Mahupun terdapat segelintir golongan mahasiswa yang ingin mencebur diri sebagai ahli politik, ini tidak bermakna seluruh insitusi mahasiswa itu mahu terlibat sama dalam berpolitik, seperti mana termaktub dalam perlembagaan dan akta yang subordinate, yang mana cukup jelas menyatakan umur 21 tahun dan keatas mempunyai hak sebagai pengundi.

Jika kita buat perbandingan diantara dua kejadian tuhan yang cukup sempurna sifat dan akalnya yang berumur 21 tahun, cuma kita letak perbezaannya di mana seorang adalah mahasiswa university manakala seorang satu lagi seorang pelayan restoran kedai makan. Nyata lagi terang kita boleh lihat, seorang pelayan restoran kedai makan mempunyai hak berpolitik dan boleh menyatakan sokongan bagi  mana-mana parti tanpa ada sebarang halangan dari mana-mana akta atau undang-undang

Di sini jika kita lihat di mana, beliau juga turut mengetengahkan tentang idea “politik baru” yang mana memperlihatkan dua komponen utama iaitu:

(1)   Politik integriti. Integriti perlu diasaskan atas idealisme perjuangan. Amalannya melibatkan 3 tunggak, iaitu politik ilmu dan bukannya politik ampu, politik hikmah dan bukannya politik fitnah, dan politik bakti bukannya politik undi.

(2)  Governans baru. Ia berasaskan kerangka baru yang melibatkan ketiga-tiga sektor pembangunan bersinergi dalam struktur dan proses membuat keputusan yang lebih seimbang

Mahupun pelbagai solusi yang di ketengahkan. Tapi pelbagai halangan yang perlu ditempuh, sepertimana saudara Saifuddin Abdullah kita utarakan di sini, antaranya adalah, “mentaliti negatif seperti tidak percaya kepada pelajar IPT, memperlekehkan pelajar IPT, menggunakan teknik “culture of fear” (menakut-nakutkan) untuk mengongkong kebebasan pelajar IPT, kerangka politik lama yang tidak memahami realiti semasa dan sebagainya”

Mahasiswa dinihari tidak seharusnya diperlakukan sebegitu rupa, jika kita lihat pergerakan mahasiswa zaman awal 60-an, tiada halangan bagi mereka untuk menjadi komunitas yang mesra rakyat, pernah dulu slogan “mahasiswa jurubicara rakyat” menjadi  identiti mereka. Adalah perlulah mewujudkan komunitas mahasiswa yang bersifat kritis dan mempunyai daya sensitiviti yang tinggi terhadap isu semasa. Jadi usah halang mahasiswa dari terjebak kedalam kancah politik. Politik bukan membabi buta membawa maksud memberi sokongan kepada mana-mana parti. Buka minda dan lihatlah dengan lebih meluas pengertian politik itu.

ditulis oleh: Brader Mekong

Posted in: Brader Mekong