Di Penjara Janji, Ikrar Pemimpin dan Sumpahan Rakyat.

Posted on October 4, 2010

19


Definisi bagi janji ialah – Pernyataan kesediaan utk berbuat atau memberi sesuatu. Kita telah berada dalam kelompok manusia yg disumbat dalam penjara janji sepanjang hidup. Janji anak kepada mak bapak, janji pelajar kepada guru, janji mak bapak kepada anak pulak, janji kepada kawan-kawan dan macam-macam lagilah. Oleh itu, telah menjadi budaya kita untuk berjanji kepada orang lain. Janji yang ingin aku tekankan didalam artikel ini ialah janji anak kepada mak bapak mereka. Apabila habis SPM, seorang anak akan melangkah masuk ke university dimana anak itu akan berjanji dengan ibunya untuk belajar bersungguh-sungguh, apbila ibu memberi anak itu seketul laptop. Pada ayah pula, anak itu berjanji tidak akan mencetuskan masalah apabila ayah memberi duit poket seminggu sekali. Tapi mereka tidak sedar, janji yang membuat mereka terikat itu sebenarnya telah merosakkan proses pembelajaran hidup mereka. Mereka akan belajar bersungguh-sungguh, tetapi apa yang mereka pelajari? Menghafal buku teks, mengingati formula dan sebagainya. Bagaimana dengan falsafah hidup, kemanusiaan, mahupun hak diri mereka sendiri? Mereka telah kerugian satu nilai yang sangat penting sebagai manusia, iaitu kemanusiaan. Asalkan laptop ada bateri, duit poket masuk, cukuplah dua perkara ini yang sangat ‘membebankan’ mereka. Tiada masa mereka untuk berfikir atau mengambil berat tentang kemanusiaan dan melihat nasib orang lain yang juga manusia yang tidak seuntung mereka. Semua ini kerana ‘janji’ mereka yang menjadi satu penjara yang telah mengurung mereka didalam kepompong. Aku pernah berjanji dengan mak aku, “ mak, abang janji abang belajar sepanjang masa untuk dapat pointer tinggi.” Selepas setahun, aku cakap kat mak aku, “mak, abang nak mintak izin nak mungkir janji..” mak aku cakap, “ awatnya cheq? Pasaipa? Hang takmau belajaq dah ka?” aku pun berterus terang, “ abang nak tolong orang kat luar sana. Nak buat charity.” Mak aku tak jawab pun. Tapi die senyum je. Itulah masalahnye. Pelajar tak berani berhadapan atau berkofrantasi dengan janji mereka itu. Jika seseorang itu telah membuat pilihan, maka, hadapilah akibatnya.

Definisi bagi ikrar ialah – Janji yg sungguh-sungguh; janji yg disertai sumpah; pengakuan. Ikrar juga adalah satu budaya yang sinonim dengan masyarakat kita. Aku sangat serius dalam mengambil berat tentang ikrar. Ikrar yang ingin aku ketengahkan ialah ikrar seorang pemimpin. Seorang pemimpin, sudah pasti akan berikrar untuk menunaikan tanggungjawab mereka dengan telus dan berdedikasi. Tetapi, adakah mereka menunaikannya? Adakah mereka, yg telah berikrar, dan diberi kepercayaan rakyat, menunaikan tugas mereka dengan jujur? Aku tidak menuding jari pada mana-mana parti. Tetapi aku Cuma ingin melihat perubahan. Ikrar seorang pemimpin untuk menghapuskan kemiskinan. Ya, yang kaya terus kaya, dan yang miskin masuk bersamamu di tv3. Siap. Tugas selesai. Bak kata abdul wahib, “inilah yang dikatakan demokrasi terpimpin!”. Job well done. Tahniah pemimpin. Ya, aku faham, ada projek perumahan rakyat termiskin. Tapi bila tengok berita tentang perumahan terbengkalai? Rumah-rumah pprt juga yang jadi mangsa. Struktur tak kukuh, retak, bocor? Pprt juga. Baik duduk setinggan, tanah pun ada. Kadang-kadang, rumah-rumah pprt tu ada yang dimiliki oleh golongan berkemampuan, dan disewa kepada orang miskin. Banyak hal betullah. Pemimpin juga ada berikrar untuk menghapuskan korupsi, kroni, dan macam-macam benda lagilah, tapi, projek besar tetap diberi kepada orang yang sama, ataupun orang yang ada bagi persen sket-sket. Sikit pale hotak opah kau! Begitu mudah ikrar itu diabaikan. Begitu mudah. Sedih aku sebagai rakyat melihat mereka yakni pemimpin yang mengaku pejuang bangsa, berkorban masa dan keluarga menunaikan tanggung jawab dengan saaaangat ‘telus’ dan ‘berdedikasi. Hampeh

Definisi bagi sumpahan ialah – Apa-apa atau sesuatu yg disumpah. Sumpahan rakyat kepada pemimpin? Aku pernah terfikir jugak, seorang pemimpin yang disumpah oleh rakyat, dan rakyat ada berapa ramai? Aku teringat akan seorang pemimpin yang agak pasif, sampai ada lagu tentang beliau. Kenapa rakyat menyumpah pemimpin? Hmmm.. aku setuju, seorang pemimpin tak boleh puaskan hati semua orang, tetapi kalau pemimpin itu seorang yang bagus, telus dan amanah, sudah pasti orang yang menyumpahnya berkurangan. Namun begitu, apa yang ingin aku bangkitkan disini ialah rakyat harus sedar dan membuka mata, melihat seorang pemimpin, dan jika dia seorang yang bangsat, tak perlu kamu menyumpah, gunakan otak dan bersuara, jangan takut wahai anak bangsa Malaysia, kita adalah rakyat.

Seorang anak ingin menjaga janjinya kepada ibu bapa, biar dipulau, biar tiada kawan, yang penting ijazah di dalam tangan. Mereka tidak mahu mengambil tahu tentang perkara lain selain belajar. Bagi seorang pemimpin pula, ikrar mereka cukup mudah diabaikan, kerana mereka ada kepentingan sendiri. Kemudian turun pula rakyat yang prihatin, berdemonstrasi kerana tidak puas hati dengan apa yg terjadi di sekeliling, penindasan terhadap kawan-kawan mereka. Mengapa seorang anak dan pemimpin tidak boleh menjadi prihatin sepertinya? Tidak perlu berdemonstrasi. Mereka boleh bersuara. Mereka boleh. Aku percaya.

ditulis oleh: Carlos “Bumpy” Sibir