Nasi Kangkangan

Posted on October 4, 2010

3


Nasi merupakan makanan ruji bagi seluruh penduduk yang berstatus warganegara dan marhein baik dari dalam dan luar negara yg bermastautin di negara ini. Jika dilihat dari sebelah sudut, nasi boleh dijadikan sebagai agent pergerakan ekonomi. Nasi membantu golongan pengerak ekonomi bergerak dan bekerja, berbelanja, mahupun membuang masa. Ia adalah demi mencari secupak nasi. kitaran berbalik nasi adalah penting dalam memastikan golongan ini tidak terkeluar, dan tidak mencari alternatif lain yang boleh memberi kacau ganggu dalam sistem rantaian yang sekain lama bertapak di dalam “so called” ketamudan moden ini.

Di sini saya melihat nasi sebagai undang-undang, yang mana nasi dari segi fizikalnya, putih emuk dan dengan teknik memasak yang betul, ia cukup enak dimakan begitu sahaja. Sama seperti undang-undang, secara am-nya ia digubal dan distrukturkan pada dasarnya cantik dan memang tiada falasi jika dibaca dengan sekali imbas. Undang-undang telah menjadi asas atau nasi kepada sekian ketamudan yang telah wujud sebelum ini.

Undang-undang adalah satu bentuk governan yang membuat seseorang patuh dengan membuta tuli, kerana undang-undang dibentuk dengan standard moral dan budaya sesebuah ketamaduan, iaitu apa yang telah dipraktikan sekian lama. Ia diselang-selikan dengan satu bentuk hukuman jika ia tidak dipatuhi.

Perlembagaan atau dengan bahasa yang kodi-nya ialah konstitusi, merupakan undang-undang superior yang meng-govern, segala macam undang-undang kecil yang wujud hasil dari penerapan gis-gis konstitusi yang ada. Jika pada pangkalnya konstitusi itu telah kotor, maka secara logik-nya, yang lain juga kotor.

Siapa tak biasa dengan perkataan kangkang, saya percaya senjak berumur 2 atau 3 tahun lagi para pembaca sudah reti kangkang, kalau tidak manakan kita reti berak cangkung? Di sini sebuah kerajaan boleh digambarkan sebagai manusia atau homosapiens atau lebih kodi-nya seorang insan. Kerajaan merupakan sebuah institusi yang akan memastikan sesebuah negara mempunyai struktur undang-undang yang baik dan secara berbalik melindungi hak mereka yang menetap di bawah naungan kerajaan tercinta.

Jika nasi dikangkang dan lebih teruk disuap pula, maka jadilah seperti cerita-cerita drama mistik tv3 yang mana mitos seorang perempuan kaya yang inginkan suami berkepuk-kepuk duitnya lalu disempurnakan dengan ciri-ciri robot yang tidak banyak bertanya dengan meng-ia-kan aja apa yang dipinta.

Lama sudah konstitusi kita tidak berganjak dari period pensenyawaan, jika dibandingkan dengan negara-negara lain yang mana period-nya sudah mencapai takat akil baligh. Malah konstitusi yang dibentuk cukup tebal firewall-nya, yang mana ia sungguh protective terhadap kuasa pada mereka yang memerintah. Undang-undang kita sudah lama dikangkang oleh mereka-mereka, dan telah pun disuap.

Tiada bangkangan dari golongan muda, mahupun mereka yang pernah bergelar muda sebelum ini. Tiada sedikit pun evolusi minda pemikiran muda-mudi sekarang yang bangkit kata tidak kepada undang-undang yang cukup opressive. ya, ini sedikit sebanyak merupakan ciri-ciri robot manusia yang telah dikangkang nasi makanannya. Tidak hairanlah hasil produk dari benda-benda kotor ini, ia cukup kencang melahir golongan-golongan korupsi dan obsessi terhadap kuasa dan harta, yang mana kerja mereka meng”oppress” mereka yang lain.

Saya fikir sudah tiba masa berundur dari sajian nasi yang tersedia ini, kepada periuk nasi yang lebih bersih dan tiada segala bentuk kangkangan yang akan dipraktikan. Siapa mereka yang bakal membuat perubahan ini? sekarang, cargas ke bilik air dan lihat cermin! Ya anda yang perlu berganjak dan keluar dari belenggu kangkangan ini. Lama sangat dah kene kangkang, tak bau busuk ke?

ditulis oleh: Brader Mekong

Posted in: Brader Mekong