Antara Dua Dunia

Posted on October 7, 2010

3


Ini bukan puisi tentang cinta,

Bukan juga lagu antara too-phat dan siti nurhaliza.

Ini kisah seorang pelajar muda,

Yang menuntut di universiti awam Malaysia.

 

Kalau aku menyokong kerajaan.

Aku disisihkan oleh kawan – kawan.

Bila aku berkempen untuk KeAdilan,

Pensyarah suruh tukar fikiran.

 

Kalau ditegur polisi yang salah,

Aku kena label tak kenang budi.

Tapi aku memang tak kesah,

Sebab aku masuk ikut merit, bukan style melobi.

 

Kalau mengata memanglah hebat,

Sebab tak kena batang hidung sendiri.

Bila nak protest pon biarlah bertempat,

Ikut saluran dan ikut lah demokrasi.

 

Aku neutral. Aku kat tengah.

Bukan pro-aspirasi atau pro-mahasiswa.

Yang mana salah aku tegah,

Yang mana betul aku support la.

 

 

oleh: Don Mika Corleone.