Keyboard Berahi

Posted on November 18, 2010

5


Hari ini aku melihat satu komen yang boleh dikategori sebagai “hate comments” seperti yg dikemukakan saudara El Che. Sebenarnya, rakyat Malaysia ni agak ekstrim jika disentuh hal politik. Contohnya saudara scarface yg memberi komen kepada artikel saya terdahulu. Cuba lepaskan belenggu kebencian dan leraikan kesangapan pemakian dan kemukakan komen yang membina dan bukan berbaur ‘hatred’. Kemukakan hujah yang mantop supaya aku tersidai memikir hujah balas sehingga aku tidak dapat tidur malam ditemani kafein dan nikotin.

Tapi tidak. Unsur makian jugak yang kau nak. Mengapa kita tidak boleh bersuara secara intelek? Kepada saudara scarface, kau mungkin tergoda dengan kekasaran makian dan tuduhan terhadap aku, tapi aku bukan orang yang mudah memaki kembali. Mungkin aku melatah, tapi cuma jika aku terkejut.

Dengan nafsu yang bergelora, ingin aku nyatakan disini, minda masyarakat, lebih-lebih lagi mahasiswa harus diasah supaya tajam, kerana ini penting supaya lontaran kata-kata mahupun ayat-ayat yang ditaip, tidak kurang ajar tetapi ‘makan dalam’. Buang berahi seksual, gantikan dengan berahi minda untuk berbalas hujah sambil berbekal akal fikiran dan kebijaksanaan mengatur ayat. Umpama seorang pahlawan mengguna senjata, begitu juga seorang penulis mengguna keyboardnya.

Aku berahi, ya aku berahi menyuarakan pendapat dan ideologi. Mengapa susah sangat bagi masyarakat lain menyuarakan pendapat dan idea mereka? Kerana dengan adanya kekangan dan halangan. Jangan takut, kita rakyat mempunyai hak untuk bersuara, kerana kita manusia. Ayuh, bangkit dan tingkatkan nafsu anda untuk berfikir dan bersuara. Mengapa kita harus diam? Utarakanlah pendapat tapi dengan lebih rasional dan bijak, bukan melulu dengan makian dan tuduhan.

Artikel aku kali ini pendek, kerana aku meminjam laptop kawan dan melampiaskan nafsuku untuk menulis mengguna keyboardnya. Aku hanya ingin mengajak rakyat berfikir secara kreatif dan kritis, bukan maki dan benci. Okay? Sekian.

 

Ditulis oleh: Carlos “Bumpy” Sibir.