Apa itu Universiti?

Posted on November 26, 2010

0


APA ITU UNIVERSITI? Aku menulis berdasarkan pengalaman dan pengamatan. Universiti Malaysia adalah universiti yang bersifat akademik semata-mata. Ia hanya satu tempat elit yg sukar utk digapai oleh kebanyakkan orang. Sesiapa yang terpilih akan diangkat dan disanjung. Kalau di kampong, sudah rebah tiga, empat ekor lembu agaknya. Universiti menjadi satu tempat eksklusif kepada pelajarnya. Mereka tertakluk kepada undang- undang yg aku kira tidak masuk akal. Berpakaian ikut sahsiah rupa diri, kena gantung kad matrik, berkasut dan berkolar. Padahal ia hanyalah luaran yg tidak berkaitan dgn akademik. Kalau tak berpakaian sebegitu, tunggulah sahaja surat saman daripada pak guard.

Seperkara lagi yang perlu diambil perhatian ialah mengenai Akta Universiti Kolej Universiti atau AUKU (universiti biasa) atau Akta 174 (UITM, kolej dan politeknik). Perkara paling kontroversi ialah mengenai larangan berpolitik terhadap mahasiswa. Saya kira ini adalah isu kecil bagi segolongan mahasiswa tetapi ia sebenarnya halangan kepada pembabitan mahasiswa dalam aktiviti masyarakat. Pilihan raya adalah aktiviti masyarakat yang suata masa akan melibatkan mahasiswa. Pilihan raya adalah penentuan sebuah negara. Satu platform demokrasi yang perlu diketengahkan kepada mahasiswa. Namun, sayangnya mahasiswa dilarang terlibat mahupun melihat suasana pilihan raya. Mahasiswa dianggap sebagai eksklusif dan tak boleh bergaul dgn dunia luar. Paling menyedihkan, pelajar dilarang untuk terlibat sesetengah NGO yg kononnya berbahaya. Ada universiti yang menyenaraihitamkan beberapa buah NGO utk disertai oleh mahasiswa.

Namun, apabila mahasiswa tak lagi berminat dgn politik, mulalah parti pemerintah seperti cacing kepanasan mengarahkan SPR mencari pengundi baru, menubuhkan booth tertentu di universiti serta menjalankan kempen kesedaran terhadap pilihan raya. Sekejap mahu larang berpolitik, sekejap mahu mahasiswa mengundi. Bukankah mengundi juga terlibat dalam politik kerana kita akan memangkah parti politik? Bagaimana saya ingin mengundi kalau saya tak tahu siapa yg saya hendak undi? Dan, takkan saya hanya mahu mengundi dacing shaja? Bagaimana dengan bulan atau roket.

Inilah kesan akibat larangan berpolitik, larangan terlibat dlm NGO, larangan terhadap kebebasan berfikir dan bersuara. Politik dan akademik tidak boleh dipisahkan. Mahasiswa hanya tahu mengenai fesyen dan hiburan sahaja. Soal kenegaraan ditolak ke tepi. Mahasiswa dibahagi-bahagikan mengikut jurusan. Pergerakan pelajar dimatikan. Hanya MPP yang berkuasa mengikut telunjuk universiti. MPP pula menjadi pak turut kepada program universiti tanpa hadir dengan agenda mahasiswa sendiri. Itulah hakikatnya apabila semuanya disekat, pelajar mulai bosan, hidup di universiti tak lagi menarik. Seperti yang saya katakan, kita masih jauh menggapai Oxford kalau universiti dijadikan sangkar emas mengurung ideologi dan aspirasi pelajarnya.

 

ditulis oleh: Si Kancil

Posted in: Si Kancil