Mahasiswa & Korea

Posted on December 8, 2010

0


Leka dengan isu-isu lokal menyebabkan Mahasiswa hampir terlupa dengan percaturan politik antarabangsa yang akhir-akhir ini menjadi gusaran segenap lapisan. Walaubagaimanapun, tahniah diucapkan buat Mahasiswa se-Malaya yang telah berjaya menunjukkan solidariti di segenap peringkat bagi membantah isu kenaikan harga air. Kebangkitan Mahasiswa ini menunjukkan bahawa mereka sudah mempunyai platform penyatuan yang mana dengan organ penyatuan ini mampu menjadikan “Mahasiswa Selaku Jurubicara Rakyat”. Tetapi, peranan Mahasiswa tidak harus hanya dilihat dalam konteks yang begitu kecil kerana peranan Mahasiswa seharusnya jauh dari isu-isu lokal. Lihat sahaja bagaiman impak yang diberikan Mahasiswa sewaktu Perang Vietnam yang telah memaksa Amerika mengundurkan tenteranya di negara tersebut.

 

Sejarah kebangkitan Mahasiswa era Perang Vietnam.

Ianya bertitik tolak ketika tahun 1960, ketika itu sekumpulan pelajar telah menubuhkan “Students for a Democratic Society (SDS)” dan telah menerima pakai “The Port Huron Statement” yang dikarang oleh seorang pemimpin Mahasiswa yang prolifik Tom Hayden. Manifesto ini kesedaran tentang penyatuan dan peranan Mahasiswa didalam kancah politik di Amerika. Kesannya, hampir 100,000 anak muda telah meyertai SDS. Pada tahun 1968, kemarahan memuncak Mahasiswa tentang keganasan Perang Vietnam oleh Amerika telah memaksa mereka sekali lagi bangkit selaku Jurubicara Rakyat yang sebulat suara menentang perang yang berlaku. Dan kesan daripada ini, 4 orang Mahasiswa telah ditembak mati oleh pihak polis dan kesan pengorbanan mereka telah memaksa Amerika untuk menukar polisi keras mereka terhadap Vietnam.

 

Sejarah Perang Korea.

Krisis saudara diantara Utara dan Selatan ini bermula sejak 25 Jun 1950 yang disebabkan oleh pembahagian politik Korea oleh Pihak Berikat ketika Perang Pasifik suatu ketika dahulu. Semenanjung Korea telah dijajah oleh Jepun sejak tahun 1910 dan ianya berlarutan sehingga berakhirnya Perang Dunia Kedua. Pada 1945, akibat kekalahan teruk Jepun, Amerika telah membahagikan semenanjung Korea kepada 38 bahagian dimana Amerika menduduki Selatan dan Soviet menduduki Utara.

 

Kegagalan pilihanraya pada 1948 telah memberi impak mendalam kepada kedua-dua belah pihak dimana disebelah Utara telah menubuhkan Kerajaan Komunis. Akhirnya 38 pecahan tadi telah mewujudkan jurang politik yang mendalam diantara Korea Utara dan Korea Selatan. Ketegangan yang memuncak telah menghasilkan kesan yang mendalam apabila tentera Korea Utara telah menyerang Korea Selatan pada 25 Jun 1950 dan ini merupakan permulaan kepada Perang Dingin diantara kedua-dua belah pihak.

 

Era 2010- Isu Korea

Ini merupakan ketegangan politik anatarabangsa yang dinayatakan diawal tadi. Isu ini tidak seharusnya dipandang remeh oleh Mahasiswa kerana kesannya boleh membawa kepada Perang Nuklear. Sebagai maklum, ketegangan berlaku disebabkan beberapa faktor menekan kedua-dua belah pihak sehingga memaksa Amerika menyeru China campurtangan.

 

Jelas, ini merupakan satu lagi isu penting yang harus dimaninkan oleh Mahasiswa kini. Saya melihat Perhimpunan Mahasiswa pada 11 Januari ini mempu menjadi permulaan kepada revolusi Mahasiswa bagi menetang keganasan Perang yang bakal berlaku di sempadan Korea. Percaya atau tidak kesan daripada Perang Nuklear akan menghasilkan suatu musibah yang tidak dapat di bayangkan. Justeru itu, Mahasiswa harus menjadi aktor penting sebagai satu medium perubahan. Manifesto yang bakal dicanang nanti haruslah melengkapi segenap aspek dan tidak hanya berlegar di dalam konteks lokal yang sempit.

 

Konklusinya, Mahasiswa harus bangkit dari lena. Ya! Bayangkan jika revolusi ini dilakukan oleh Mahasiswa UiTM di segenap penjuru Malaysia, nescaya gelombang besar tadi mampu merobak polisi luar Malaysia. Ayuh Mahasiswa!

 

ditulis oleh: Pe’ah

 

Posted in: Pe'ah