Perancis, Mei 1968

Posted on December 8, 2010

0


Aku terasa nak berkongsi cerita secara ringkas mengenai Peristiwa Mei 1968 yang berlaku di Perancis.

Ianya bermula pada 22 Mac 1968 apabila sekumpulan penyajak, ahli musik dan pelajar mengadakan mesyuarat di bangunan pentadbiran Universiti Paris Nanterre bagi membincangkan soal diskriminasi dalam masyarakat Perancis dan juga campurtangan politik dalam pentadbiran universiti. Malangnya, pihak pentadbiran universiti menghalang dan memanggil pihak polis bagi mencampurtangan urusan mesyuarat ini.

Kesan daripada konflik antara pelajar dan pentadbiran menyebabkan universiti ini ditutup pada awal Mei 1968. Ramai pelajar di’ugut’ untuk dibuang universiti. Pelajar Universiti Sorbonne menunjukkan solidariti bagi memprotes terhadap ‘ugutan’ yang diterima oleh pelajar Nanterre. Dan kemudian, Sorbonne juga ditawan polis. Lebih 20,000 orang pelajar berarak di Sorbonne bagi mengusir polis dari universiti.

Peristiwa ini hanya permulaan. Permulaan kepada ‘hampir-revolusi’. Permulaan daripada strike yang dilakukan oleh buruh-buruh. Permulaan daripada ‘hampir-jatuhnya-pemerintahan-diktator-kapitalis-General de Gaulle’ sehingga dia terpaksa lari ke kem tentera Perancis di Jerman.

Jelas sekali mahasiswa sebenarnya mampu memberikan perubahan kepada negara. Sekali lagi, siapa bilang mahasiswa hanya perlu belajar hafal buku sahaja?

ditulis oleh: Jauharjingga


Posted in: Jauharjingga