Bocor

Posted on December 14, 2010

7


Artikel ini semangnya berdasarkan pengalaman dan pengamatan sebgai seorang mahasiswa. Tiada sebarang rujukan yang khusus melainkan rujukan peribadi dan rakan-rakan. Jadi, jangan dipertikaikan artikel ini hanya kerana tiada rujukan. Sememangnya ini sebuah cerita bukan fiksyen yang aku karangkan untuk menjadi rujukan rakan-rakan mahasiswa.

Pilihanraya kampus dijalankan setiap tahun. Ia dijalankan oleh Hal Ehwal Pelajar atau HEP. Pilihanraya selalunya diadakan pada awal tahun sekitar bulan Januari. Semua pelajar layak untuk bertanding tetapi saringan bukan main susah lagi. Macam-macam dugaannya. Untuk pengetahuan semua, selalunya calon-calon yang bertanding akan ditentukan oleh Sekretariat Mahasiswa Fakulti (SMF) dalam perbincangan tertutup. Hal ini kerana mereka akan mendapat informasi awal bila pilihanraya akan dijalankan.

Mereka akan memilih calon di kalangan mereka untuk menggntikan MPP yang telah bersara. Perkara ini penting untuk mengekalkan kesinambungan dari segi kerjasama, ideologi dan persefahaman. Sesetengah ahli kelab bukan SMF juga bertanding merebut jawatan MPP. Kesemuanya akan menggunakan pengaruh ahli SMF atau kelab tertentu untuk meraih undi. Bagi yang tiada apa-apa, mereka akan dikaji, dianalisis terutama oleh pihak SMF atau ex MPP supaya ideologi benar dan tidak bercanggah. Seolah-olah ancaman besar buat calon mereka.

Itulah peringkat awal yang acapkali berlaku sebelum penamaan calon. Selalunya calon-calon yang dipilih oleh SMF telah menjalani latihan kepimpinan sekurang-kurangnya dua kali. Kalau tak ikut kem, kemungkinan besar sukar mahu bertanding. Daripada kem inilah mereka menilai dan memilih bakal calon-calon MPP dan YDP. Sangat terancang bukan? Inilah perkara yang sering berlaku setiap tahun.

Baiklah, kita cerita mengenai halangan untuk menjadi calon. Sebelum menjadi calon, bakal calon perlu menepati syarat-syarat yang ditetapkan. Pertama, mendapat pointer lebih daripada 2.70. Kedua, tidak pernah melakukan kesalahan jenayah atau universiti. Ketiga, mendapat pengesahan Dekan. Syarat ketiga inilah yang bagi aku tak masuk akal. Kenapa nak jumpa dekan? Ada saringan sebelum menjadi calon lagi. Ketat. Sangat ketat.

Untuk ujian ketiga ini, memang kena pandai cakap dan bermuka-muka. Ayat kena manis dan senyum selalu. ada beberapa soalan releven dan ada juga yang seakan-akan terlalu politik.

Contohnya, -Apa pendapat kamu tentang hak orang Melayu? -Kamu sokong ideologi Anwar Ibrahim? -Apa pendapat kamu tentang kerajaan sekarang? -Agaknya bolehkah pembangkang menjadi kerajaan?

Soalan-soalan ini seolah-olah mahu mengetahui pendirian politik calon sama ada menyokong kerajaan atau pembangkang. Mengapa ia perlu ditanya? Bukankah lebih baik bertanya tentang isu-isu semasa atau isu kampus.

Ada juga komen yang dikeluarkan. Antaranya, -Kita kena jaga hak orang Melayu, jangan sesiapa rampas, ini hak kita -Anwar itu mana boleh jadi PM, tak boleh perintah negara -Kerajaan sedia ada dah bagus, tak payah nak menentang-nentang.

Itu adalah sesetengah komen yang dihamburkan kepada bakal calon. Kenapa ya agaknya. Seolah-olah macam satu kempen politik. Selesai menemuduga, untung nasib bergantung kepada Dekan. Kalau lulus, layaklah, kalau tak, lupakan sahajalah. Selepas itu, surat wajib dihantar ke bahagian HEP. Setiap calon wajib membawa seorang wakil pencadang bertemu wakil HEP. Pengumuman akan dibuat oleh Timbalan NC dan diberikan surat kelayakan bertanding. esoknya dengan rasmi bermulah kempen pilihanraya.

Keesokan harinya, sesuatu di luar dugaan berlaku. Segerombolan ex MPP aka Suruhanjaya Pilihanraya Kampus aka Nadi Penggerak akan meneliti calon-calon yang bertanding. Senang cerita mereka ibarat Special Branch untuk mencari penjenayah yang menbahayakan ideologi universiti. Calon-calon yang bukan favourite akan dipanggil dalam sebuah pertemuan rahsia. Di mana? Dah namanya rahsia…

Dalam pertemuan itu dilaporkan ada 3 orang yang hadir mewakili ex-MPP. Mereka mula melihat manifesto dan bertanya beberapa soalan mengenai ideologi calon. Mereka bertanya sama ada calon ada kaitan dengan Pro M atau tidak. Ada sedikit perdebatan idea kerana golongan ex MPP ini sememangnya pro Aspirasi dan pro pemerintah. Antara isu yg klise yang dibangkitkan ialah hak orang Melayu dan perpaduan bangsa Melayu serta UiTM. Sesekali ada perdebatan mengenai hak mahasiswa yang perlu diperjuangkan. Mereka agak kurang bersetuju dengan idea ini.

Mereka juga mengkritik Pro M sebagai bahaya dan agen pembangkang di universiti. Kadang-kadang ada pernyataan yang sangat rasis keluar daripada golongan ini. Paling kelakar apabila mereka menyatakan bahaya sekiranya calon berjalan seorang diri kerana akan diugut oleh Pro M. Begitulah beberapa perkara yang aku tak tahu dan aku pasti ramai juga yang tak tahu wujudnya golongan sebegini di universiti yang kononnya menjadi benteng terakhir Melayu dan UiTM. Adakah mereka takut di bumi sendiri? Sekarang baru aku tahu kenapa UiTM tetap sama..

Selepas pertemuan itu, ada satu kem yang wajib untuk semua calon. Kem apa ini?? Tiada dalam syarat pun..Adakah ini unwritten law yang perlu dipatuhi oleh calon selepas pertemuan khas tadi?

 

ditulis oleh: Si Kancil

Posted in: Si Kancil