Pluralisme : Antara Agama dan Pemahaman

Posted on December 21, 2010

2


Pergelutan diantara Syiah-Sunni yang tidak bersudahan, kemuculan semangat Wahabi yang menjadi klise perdebatan. Itu adalah sebahagian rintihan tentang kecamukan agama yang timbul. Kini, dikala Anwar memberi respon di  London School of Economic (LSE) pada 18 Mac 2010 dengan kuliahnya yang bertajuk “Religion and Pluralisme in a Divided World” telah mewujudkan satu lagi kekacauan minda dan perdebatan umum sehingga memaksa segelintir pihak mengadakan forum bertindak menafikan kenyataan Anwar yang dilihat sebagai permutadan Ummah.

 

Agama dan Pluralisme seperti yang dinyatakan oleh Kassim Ahmad, kini berlaku dimana-mana. Coraknya, tidak hanya berkembang di Malaysia tetapi negara serumpun mengalami nasib yang serupa. Pluralisme ini juga tidak hanya berlaku di kelompok Ummah Islam tetapi juga arus deras ini mengalir juga di kelompok hindu. Masakan negarawan India, Mahatma Ghandi, menyatakan agamanya: Saya Hindu; saya Yahudi; saya Kristian; dan saya juga Islam! Tetapi apa yang beliau maksudkan adalah: Apa yang baik dalam semua agama ini saya pegang.

 

Harus didalami sedalamnya, Pluralisme dalam konteks Islam tidak harus di salah tafsir oleh segelintir pihak. Memegang bait-bait kata Jalaluddin Rumi untuk ‘mengesahkan’ aliran pluralisme agama itu. Antaranya bait yang seperti di bawah:

 

Lampu-lampunya berlainan, tetapi cahaya itu sama, ia datang dari seberang sana; kalau anda terus menerus melihat pada lampu, kamu tersesat; kerana dari sana timbul rupa lahir pada bilangan dan kemajmukan.

 

Apa yang ingin disampaikan oleh Rumi itu tadi tidak lah bermaksud Pluralisme di lihat dari aspek: Islam, Kristian dan Yahudi tetapi ianya hanya menjurus kepada kupasan Rumi di dalam konteks ajaran agama Islam itu sendiri. Perbedaan fahaman mazhad yang di kira seharusnya dirai oleh sekian Ummah. Pluralisme itu tidak sekali-kali menghalang Ummah dari melakukan forum perbedaan agama kerana sudah menjadi lumrah insan di muka bumi ini berbeda-beda. Tetapi, untuk meletakkan garis kesamarataan antara Islam dan agama lain ianya hanya satu lagi bentuk pembodohan acuan agama Islam sendiri! Kerana ianya sama sekali akan melibatkan soal akidah Ummah yakni kepercayaan terhadap Allah S.W.T sebagai Tuhan yang Esa (satu).

 

Konteks Pluralisme yang di saran di dalam Islam tidah seharusnya disalah tafsir. Konteksnya hanya menjurus kepada bait-bait perbedaan didalam pendapat (ijitihad) para ulamak. Perbezaan diantara Inter-Religious Pluralisme dan Intra-Religious Pluralisme juga seharusnya dilihat.

 

Sememangnya topik perdebatan mengenai Pluralisme ini tidak akan pudar. Selagi wujudnya minda yang waras nescaya akan wujudnya seribu satu pertanyaan. Tetapi harus di ingat, pintu perbincangan yang waras tidak seharusnya di tutup. Jangan jadikan Islam sebagi hak eklusif seperti yang Kristian telah lakukan terhadap agamanya melalui Declaration Dominus Iesus yang akhirnya memakan diri mereka sendiri. Dakwah Islamiyah harus dilakukan dengan kasih sayang dan dengan hujah-hujah yang rasional yang mampu melahirkan bait-bait cinta terhadap Islam.

 

 

ditulis oleh: Pe’ah

Posted in: Pe'ah