B**I Punya Pasal?

Posted on December 31, 2010

0


KUALA LUMPUR (Nov 7, 2010) : The Education Ministry and Sarawak State Education Department must investigate allegations that a boy from a mission school in Kuching was caned for bringing non-halal food to school last month, said MCA presidential council member Loh Seng Kok.

“If the allegations are accurate, action must be taken against the senior assistant. The school authorities, including the headmistress and the senior assistant, ought to apologise to the child and his mother for the trauma the 10-year old boy had to endure,” Loh said in a press release.

The child’s mother, Angela Jabing, had alleged that her son, Basil anak Baginda was caned 10 times on his palms by the senior assistant of SK St Thomas for bringing fried rice with pork sausages for his meal at recess on Oct. 15.

Loh said MCA found it disturbing that the senior assistant had allegedly warned Jabing not to blow up the matter as it was “a very sensitive issue among Muslims”.

“This trend of being expected to remain silent so as not to stir up sensitivities is a simplified excuse to impose one’s religious values on believers of other faiths,” he said.

He also said it was unfair that no written circular was given announcing prohibitions on food in the school.

“Even if such an announcement was made in February, it should be followed up with a written circular for parents,” he said.

“Immediate recourse must be taken to remedy the situation before it is blown out of proportion,”

 

xxx

 

Aku malas. Terbaring atas katil. Melihat siling yang dihiasi kipas yang sibuk berpusing sakan. Masih panas. Sangat panas. Kedengaran suara pentadbir asrama yang dari tadi tidak habis-habis bercakap di gelanggang bola keranjang. Aku curi-curi dengar.

“Pelajar non-Muslim tak dibenarkan membawa makanan tidak halal seperti babi ke dalam kolej.

Menarik. Telinga aku serta-merta menjadi lebih sensitif.

“Kalau kamu nak makan makanan kamu tu, sila makan luar kolej!”

Wow. Bisik hati aku.

“Tindakan tatatertib akan diambil kalau kamu didapati melanggar peraturan ini!”

Double wow!

 

xxx

 

Ya, aku akui Malaysia merupakan negara yang mana mengambil Islam sebagai agama rasminya. Walau bagaimanapun, adakah faktor ini menjejaskan toleransi sesama agama? Adakah Islam tidak mengajar kita untuk menerima perbezaan dan diversiti? Ataupun cuma rakyat kita yang terlalu ‘sensitif’ terhadap ‘perbezaan’ ini.

Aku hairan bagaimana faktor makanan juga boleh menjadi masalah dalam masyarakat kita sehinggakan daging babi tidak dibenarkan dibawa masuk ke mana-mana institut pengajian. Kononnya ‘menyinggung’ agama lain.

Namun aku hairan, penjualan daging lembu di kantin mahupun kedai makan di sekolah mahupun kolej tidak pula ‘menyinggung’ penganut agama Hindu. Tidak pula kedengaran suara pentadbir asrama menjerit di gelanggang bola keranjang.

“Tindakan tatatertib akan diambil kalau kamu didapati memakan serunding di dalam bilik!”

Aku tertarik dengan serunding bukanlah kerana aku gila akan serunding ataupun mak aku hebat buat serunding. Namun hanya kerana teman sebilik aku (seorang Hindu) yang sudah banyak kali termakan serunding (bukan aku punya) yang diletak di ruang tamu. Namun dia tidak terus melenting membabi buta dan mencarut supaya serunding itu dibuang ataupun dibakar dalam api yang membara sebaliknya dia berkata dengan baik supaya kami semua mengingatkannya mana-mana makanan yang dibuat daripada daging lembu.

Aku yakin dan percaya pelajar sekolah tersebut tidak akan mengajak rakan-rakannya yang Muslim untuk menjamah makanan yang dibawanya. Aku juga yakin dan pasti pelajar tersebut faham bahawa Muslim tidak dibenarkan memakan daging babi. Aku pasti memakan daging babi bukanlah suatu yang sensitif kerana pemakanan itu hanya mengaitkan si pemakan dan daging babi itu, langsung tiada kaitan dengan orang yang melihat.

Cuba anda renungkan, suatu masa dahulu, kita boleh menyambut perayaan bersama-sama tanpa perlu merisaukan perihal makanan kerana masing-masing memahami haram dan halal makanan dalam Islam. Namun sekarang, perkara ini menjadi lebih sempit sehinggakan pinggan dan cawan yang disediakan pun sudah bertukar menjadi plastik pakai buang, jika tidak tetamu Muslim tidak akan makan!

 

 

ditulis oleh: Kaki radikal

Posted in: Kaki Radikal