EcoPol: Antara Realiti dan Fantasi

Posted on January 26, 2011

4


Jimmy Carter dalam syarahannya pada tahun 2002 dahulu “yang  menjadi kegusaran aku sekarang adalah jurang diantara yang kaya dan miskin, yang mana ianya antara asbab utama permasalahan manusia”. Bila bercakap mengenai miskin dan kaya, nescaya kita tidak dapat lari dari membicarakan soal ekonomi. Ternyata topik ekonomi bukanlah topik ‘hot’ mahasiswa kerana telah lama kita di momokan “ianya topik orang tua yang matang” dan mungkin juga ekonomi bukanlah topik yang kool dan trendy untuk di bincangkan.

 

Hakikatnya, konsep ekonomi ini sangat penting. Kata seorang pakar ekonomi anti hak asasi “manusia tidak pernah kisah pasal hak, kesamarataan, ketuanan **LAYU tetapi yang mereka kisahkan adalah pasal makan”. Ada benar kata mamat ini tetapi hak asasi juga menjaminkan makanan (metafora kekayaan) diberikan secara adil. Apakah kaitan ekonomi dan makanan?

 

Konsepnya mudah, apabila ekonomi berkembang maju maka akan lahirnya peluang perkerjaan dan dengan perkerjaan ini akan menghasilkan sumber pendapatan yang mana manusia akan mampu untuk membeli makanan. Dengan cukup makan nescaya manusia akan ‘heppy’ (secara mudahnya dengan menolak faktor hiburan dan idealism) dan dengan ke’heppy’an manusia ini tadi nescaya manusia tadi akan terus mengundi pemerintah yang telah mampu memberikan mereka makanan tadi. Maka, satu lagi aktor baru telah wujud iaitu politik, yakni bila kita bercakap soal pengekalan hegemoni pemerintah. Apa pula kaitan ekonomi dan politik (EcoPol)?

 

Kata pemenang hadiah Nobel, Muhammad Yunus yang merupakan pengasas “Garmeen Bank for the Poor” pada 2006 “kisah sedih disebalik pengagihan kekayaan adalah 90% dari keseluruhan pendapatan dunia diagihkan kepada cuma 40% populasi dimuka bumi ini manakala 60% populasi lagi hidup dengan lebihannya kekayaan tadi. Lebih sedih separuh dari populasi dunia hidup dengan cuma 2 dollar sehari”. Jelas, dengan jurang kekayaan yang begitu ketara masyarakat ideal itu agak sukar untuk dicapai.

 

Kaitan antara ekonomi dan politik ini ketara berlaku di Malaysia. Masakan, Pembangkang keluar dengan “Pelan 100 hari” dan tidak pernah kalah kerajaan juga keluar dengan pelbagai polisi ekonominya melalui pelan jangka pangjang/pendek. Ianya sebahagian dari usaha untuk memastikan ekonomi negara maju (dan mungkin juga bagi memastikan kroni mendapat ‘makan’). Dengan menolak teori konspirasi kroni, bila ekonomi maju maka rakyat dapat makan dan seterusnya ‘heppy’ dan terus mengundi parti yang mampu memberikan ke’heppy’an tadi (hipotesis mudah pakar ekonomi anti hak asasi).

 

Bapa Marx, Hirschel, pernah memberi ceramah tentang perlunya sebuah sistem politik yang benar-benar mewakili kehendak dan kebajikan rakyat, serta menetang diskriminasi terhadap kaum Yahudi di Prusia. Heinrich (bapa Marx telah mengambil nama baru setelah bertukar agama dan memeluk agama Protestan) bukanlah seorang revolusioner tetapi beliau sedar gelombang baru yang berlaku di Eropah pada ketika itu. Nyata, latar belakang zamannya mungkin berbeza tetapi teori dan idealism pemerintah dan kebajikan rakyat itu tetap sama.

 

Pasca perang dunia kedua menyaksikan detik bersejarah, lahirnya internet, teori liberalisasi ekonomi menjadi asbab kepada arus globalisasi ekonomi. Kini, ekonomi bukan lagi isu lokal tetapi ianya menjadi isu dunia. Dunia membicarakan tentang liberalisasi ekonomi, dunia tanpa sempadan bukan lagi teori-teori klise kerna ianya sudah menjadi realiti. Walau beribu penentangan terhadap teori globalisasi tidak dapat tidak kita sudah memasukinya dan kini sebahagian darinya. Dikala, umat dunia sedang berlumba mengejar realiti dunia, di mana pula umat Melayu?

 

Ingin berpijak dibumi yang nyata, Melayu kini tidak lagi bersaing dengan cina dan india, kini dengan arus kencang globalisasi ekonomi telah memaksa Melayu untuk bersaingan dengan umat dunia. Ideologi sempit perkauman yang bersifat etnosentrik itu ternyata gagal. Kini, bukan lagi masa untuk Melayu dengan stigma ketuanannya tetapi harus merobek dunia yang tidak mempunyai sempadan perkauman ini. Melihat kepada teori pengkelasan masyarakat, dengan terus mengkelas-kelaskan masyarakat dengan Melayu sebagai ‘tuan’, cina sebagai ‘pengkhianat’ dan india sebagai ‘estet’ tidak akan dapat menyelesaikan masalah.

 

Memetik Manifesto Komunis “Masyarakat borjuis moden yang berkembang pesat akibat dari kemusnahan masyarakat feudal masih lagi tidak dapat menghapuskan percanggahan kelas. Malahan ianya telah mewujudkan kelas-kelas baru, ragam penindasan baru dan bentuk-bentuk perjuangan baru yang mengantikan bentuk-bentuk yang lama”. Jika dizaman Marx dahulu revolusi bermula oleh golongan proliterat dengan kebangkitan semangat dari kelas pekerja dan kini adakah revolusi itu telah berpindah kepada ‘golongan baru’ yakni MAHAsiswa?

 

 

 

ditulis oleh: Pe’ah

 

Advertisements
Posted in: Pe'ah