Mahasiswa itu Langau?

Posted on February 13, 2011

0


Hari ini aku terpanggil untuk menulis, sebab aku dah lama tak menulis. Atau menaip mungkin. Aku terbaca artikel di surat khabar yang menulis tentang Perhimpunan Mahasiswa Negara. Artikel tersebut tersiar di satu akhbar tabloid yg agak murahan. Tetapi masih menjetik hati aku. Tajuknya, “Mahasiswa Jangan Jadi Langau”. LANGAU? Mahasiswa bersuara dikatakan langau? Jika mahasiswa berdiam diri dikatakan lembab, bila bersuara dikatakan langau. Mengapa?

 

Perkara yang paling menyakitkan hati aku ialah apabila isi kandung artikel itu tertulis, “mahasiswa ni dah macam tiada arah tuju, entah apa yang diperjuang dan dilaungkan. Terutama mahasiswa universiti awam terkenal yg membantu pelajar-pelajarnya. Kacang lupakan kulit, mereka melaung-laungkan semangat pembangkang, walhal mereka belajar diatas ehsan kerajaan.” Nampak sangat ia dituju kepada pelajar UiTM. Aku terdetik memikirkan, adakah mereka ini tidak berfikir? Adakah mereka sudah siasat? Asal radikal sikit, pembangkang. Bagamana denga non-partisan?

 

Persoalan utama aku ialah, apa rasionalnya mereka menggelar mahasiswa sebagai LANGAU? Adakah kerana mereka ketandusan idea untuk membidas mahasiswa-mahasiswa yang berjuang ini? Apabila mahasiswa berjuang untuk rakyat, mereka digelar langau, jika berjuang membantu kerajaan? Aku hairan, mungkin kerana mereka ini pihak akhbar tabloid picisan yang hanya mahu menyelitkan cerita-cerita ini. Dan mungkin salah seorang penulis adalah “pak guard”. Aku hairan. Walaubagaimanapun aku minta maaf pada rakan-rakan seperjuangan kerana tidak dapat hadir ke PMN kerana menjaga mak aku. Lagipun aku sibuk sekarang. Maaf rakan-rakan.

 

ditulis oleh: Carlos Bumpy Sibir