Awas! E-Voting & Hak Anda

Posted on February 15, 2011

1


Sejak tahun 2004, penggunaan e-voting sebagai medium pembuangan undi telah diguna pakai hampir di seluruh kampus universiti di Malaysia. Kaedah ini mula diperkenalkan di Universiti Putra Malaysia(UPM). UPM dan UIAM antara yang terawal menggunakan sistem ini. UiTM pula sudah tiga tahun menggunakan e-voting sjak tahun 2007. Apa yang menarik tentang e-voting ialah penggundian berkomputer yakni para pengundi hanya perlu mengisi nombor matrik dan kata laluan sebelum mengundi di komputer yang disediakan. Kaedah sangat mudah dan cepat kepada PENGIRA UNDI tetapi sangat BAHAYA kepada para calon. Terutama calon BUKAN PILIHAN UNIVERSITI. Mengapa?

 

Sistem ini dikendalikan oleh sepenuhnya oleh pengurus sistem dan menggunakan pendrive untuk menjalankan proses penukaran daripada komputer tempat pengundian ke tempat pengiraan undi. Sistem ini sangat mudah kerana setiap undi akan terus dikira dan pengurus sistem boleh mengetahui kedudukan semasa undi. Apa yang menarik mengenai e-voting ialah keputusan lebih cepat diketahui berbanding sistem lama, memudahkan pengundi, tidak membuang masa untuk mengira, kurang kakitangan untuk mengira undi serta dikatakan telus.

 

Soalnya, adakah perlu untuk sebuah pilihanraya kampus menjadi cepat dan mudah tanpa menghiraukan soal ketelusan dan keadilan? Adakah perlu kita memudahkan keadilan? Justice hurried is justice buried. Pilihanraya kampus tidak perlu tergesa-gesa. Apa yang penting adalah keadilan dan ketelusan. Kalau pihak universiti mahu memudahkan pembuangan undi, bukankah lebih baik jika kita memakai khidmat pesanan ringkas (SMS) seperti memilih juara Akademi Fantasia atau Mari Menari. Lebih cepat bukan?

 

Permasalahan yang terbesar ialah daripada aspek privasi pengundi. Identiti pengundi mesti dirahsiakan. Sekiranya pelajar diberikan nombor ID, makanya pihak atasan universiti boleh mengetahui undi pelajar tersebut. Ini melanggar hak asasi pengundi. Selain itu, ada kes di mana calon yang telah menang tetapi dinafikan kemenangan kerana calon tersebut bukanlah calon pilihan HEP. Perkara ini diceritakan sendiri oleh MPP. Perubahan bilangan undi boleh dilakukan semasa perpindahan antara data daripada komputer di tempat pengundian dan di tempat pengiraan.

 

Bukan itu sahaja, kaedah e-voting tidak boleh recount kerana ia dimasukkan secara automatik. Sukar untuk membuktikan penyelewengan walaupun ada aduan yang dibuat. Semuanya bergantung dan termaktub dalam data tersebut. Wakil-wakil calon hanya dibenarkan melihat sekali sewaktu pendrive dibuka yakni sebelum pengumuman dibuat. Tetapi, pendrive tersebut akan dibawa daripada tempat pengundian oleh wakil fakulti dan diserahkan kepada Suruhanjaya Pilihanraya Kampus (SPK) yang sememangnya tidaklah berkecuali (independent). Mereka kebanyakkan adalah ex-MPP dan pelajar.

 

Ada banyak masa yang ‘tidak selamat’ di mana masa tersebut berpotensi untuk digunakan melihat keputusan undian dan mengubah keputusan. Jarak masa antara tamat pengundian dan pengumuman adalah 4 jam.  Ada kes di UM dan UPM di mana calon Pro M menjadi mangsa e-voting.

 

Apabila sistem yang tidak telus dijalankan mereka yang tidak berkecuali, maka telahan yang paling tepat ialah penyelewengan. Justice is not only be done but seen to be done. Sebagai pengundi, kita berhak untuk meminta pihak universiti menyediakan platform yang adil tanpa keraguan. Sekiranya universiti tidak menyediakan peluang ini. Mereka sebenarnya menafikan hak kita serta memperlekehkan pilihan kita. Tidak berbaloi beratur lama-lama kerana akhirnya keputusan telah dibuat dan apa yang anda lakukan hanyalah sandiwara mereka. Sia-sia sahajalah undi anda. Maka, sebagai mahasiswa kita ada hak untuk TIDAK MENGUNDI sekiranya platformn itu tidak telus. Itulah tanda protes yang paling memalukan buat mereka.

 

Peringatan untuk universiti, E-VOTING hanya me RAJA LAWAK kan pilihanraya kampus. Sudahlah, kami tidak mahu sandiwara ini lagi. Kami hanya mahu PERUBAHAN! ITU YANG PASTI.

 

Ayuh, bersama membantah e-voting!

 

 

ditulis oleh: Si Kancil

Posted in: Si Kancil