MANIFESTO UMUM MAHASISWA UITM

Posted on February 19, 2011

13


INILAH LANGKAH PERMULAAN REVOLUSI PELAJAR

12 Manifesto Umum ini akan dilaksanakan sebaik sahaja Gerakan Pro Mahasiswa merampas kuasa di UiTM. Walaupun gerakan ini mengahadapi banyak masalah tetapi calon-calon Pro M telah bersumpah taat setia untuk melaksanakan revolusi pelajar demi kebaikan pelajar. Kita tidak lagi boleh tunduk kepada segala arahan yang tidak munasabah. Segala hak yang dicabuli serta permainan taktik kotor Nadi Penggerak telah dihidu. Jumlah calon Pro M yang paling besar setakat ini telah berjaya mendaftar dan layak bertanding tanpa dikesan oleh pihak universiti. Hampir kesemua fakulti mempunyai calon Pro M. Sokongan buat mereka semakin ramai. Gelombang perubahan akan berlaku.

 

BERIKUT CADANGAN PRO M

1. Mencadangkan kerusi umum yakni pelajar bertanding bukan atas kapasiti fakulti sahaja. Maknanya pengundi berhak memilih satu calon umum dan satu calon fakulti. Sekurang-kurangnya 25 kerusi umum yg perlu dipertandingkan. kerana selama ini UiTM dibeza-bezakan dengan fakulti dan kolej.

2. Mengadakan Perhimpunan atau Konvesyen Pelajar dua kali setahun untuk pelajar membincangkan masalah dengan MPP. Pensyarah tidak dibenarkan mengikuti. Hanya pelajar.

3. Pasukan Pilihanraya Kampus yang bebas dalam menguruskan pilihanraya kampus. Wakil SPR dan badan SUHAKAM pelu dijemput untuk menguruskan pilihanraya di UiTM.

4. Mewajibkan debat manifesto di kalangan calon yang bertanding di Speaker Corner atau di mana-mana tempat yang sesuai.

5. Laman web khas MPP wajar ditubuhkan supaya menjadi platform untuk pelajar mengetahui tentang isu-isu berkaitan universiti dan isu nasional. Selama ini web MPP hanya di dalam web universiti dan tidak ada sebarang pembaharuan.

6. Diskusi antara mahasiswa dan pensyarah sama ada di fakulti atau di peringkat universiti. Termasuk VC.

7. Koperasi mahasiswa perlu ditubuhkan.

8. Mewujudkan Kelab Perlembagaan serta mengadakan aktiviti di setiap fakulti.

9. Dialog Khas bersama Pengawal Keselamatan termasuk isu parking, saman serta layanan terhadap pelajar.

10. Parlimen Mahasiswa akan diwujudkan untuk membincangkan hal pelajar. Wakil-wakil kelab akan diajak berbincang dan membuat resolusi-resolusi yang akan diusulkan kepada Hal Ehwal Pelajar.

11. Menolak pengaruh GPMS, VOGUE dan PERKASA yang menjadikan UiTM sebagai pusat politik sempit.

12. Gerakan Pro M akan ditubuhkan serta merta.

 

 

Posted in: Uncategorized