Terima Kasih, Rakyat Malaysia

Posted on February 22, 2011

7


Kenyataan Perdana Menteri di Jasin pada 19 Februari 2011:

Alumni UiTM, jangan lupa jasa yang kerajaan telah beri kepada kamu…

 

 

Jawapan Alumni UiTM di Shah Alam seketika itu:

Kami tak lupa.

Terima kasih kerajaan Malaysia.

Tetapi kami lebih berterima kasih kepada rakyat. Iaitu Rakyat Malaysia.Yang berbilang kaum.

Oleh kerana duit cukai merekalah kami dapat belajar.Oleh kerana kepercayaan merekalah kami dapat berjaya. Dan kerana rakyat Malaysia jugalah Perdana Menteri mampu berkuasa pada hari ini.

Lagipun, sudah menjadi tanggungjawab utama kerajaan Perdana Menteri untuk berbakti kepada rakyat Melayu/Bumiputera, Cina, India dan kaum-kaum lain dengan adil dan saksama sepertimana slogan Perdana Menteri sendiri iaitu; 1 Malaysia.

Kami memang berasal dari anak-anak pekebun kecil, petani, nelayan, pembantu am rendah dan sebagainya, namun sekarang kami sudah memegang jawatan tinggi didalam pelbagai bidang. Dan pengalaman hidup kami yang  susah suatu ketika dahulu masih segar didalam ingatan. Perit dan lelah kami masih berparut sehingga kini.

Dan kami mahu generasi  masa depan Malaysia selepas ini tidak menghadapi masalah yang sama seperti kami. Menurut Perdana Menteri, untuk mengubah nasib anak bangsa, kerajaan Perdana Menteri telah menggunakan senjata paling berkesan iaitu melalui bidang pendidikan. Kami sebagai alumni UiTM merangkap rakyat Malaysia juga mempunyai senjata yang paling berkesan. Iaitu kuasa undi kami.

Oleh itu kami harus membuat pilihan. Alumni UiTM sudah cukup matang dan terpelajar untuk membuat pilihan yang menguntungkan generasi masa depan kami. Kami tidak mahu generasi masa depan menerima nasib yang sama seperti kami. Kami akan pastikan kami membuat pilihan yang betul dan bermanfaat untuk semua kaum. Bukan seperti apa yang kami terima di zaman kami dahulu. Kami harus lakukan perubahan!

 

 

ditulis oleh: Dee Moro

Posted in: Dee Moro