Pilihanraya Kampus 2011

Posted on February 23, 2011

21


SIAPA YANG TERASA PEDASNYA?

Tika ini sejarah telah tercatat bahawa pemegang mohor Aspirasi terpaksa bersengkang mata dan mengerah keringat mengingatkan tentang perjuangan MPP UiTM yang kononnya banyak melakukan perubahan. Paling menggelikan hati apabila wujud Gerakan Sayangkan MPP UiTM muncul melawan balas 12 manifesto yang dikeluarkan oleh Tabloid Mim. Sungguh kelakar. Kami tak tahu siapa yang melakukan tetapi yang pasti mereka adalah golongan ex MPP atau Nadi Penggerak yang cukup takut dengan kebangkitan mahasiswa dan gerakan Pro Mahasiswa. Lena mereka musnah dek 12 manifesto dan ura-ura rampasan kuasa Pro M di UiTM.

Mereka ini sanggup menyebarkan risalah Gerakan Sayangkan UiTM di fakulti supaya calon tak mengundi calon Pro M. Mereka terpedaya dan takut dengan bayang-bayang sendiri. Sebenarnya tiada calon Pro M pun kerana Pro M tidak pernah ditubuhkan secara rasmi di UiTM (tetapi calon yang menyokong hak mahasiswa masih ada). Yang ada hanyalah propaganda untuk menyedarkan mahasiswa dan Nadi Penggerak tentang perlunya check and balance dalam sesuatu sistem politik. Kedudukan selesa Aspirasi di UiTM harus dicabar. Oleh sebab itulah, berduyun-duyun penyokong Aspirasi UiTM mengkritik 12 manifesto umum yang dikeluarkan.

Gerakan Sayangkan MPP UiTM adalah tindakan terdesak para ex MPP dan Nadi Penggerak untuk mengekalkan hegemoni kuasa. Siapakah kamu untuk disayangi? Siapakah kamu untuk dikekalkan kuasa?

Tindakan mereka nampak sangat terdesak sehingga menyebarkan pamphlet berwarna hijau dan putih di kelas-kelas. Paling tidak masuk akal ialah menyeru para pelajar agar tidak mengundi wakil Pro Mahasiswa. Mana ada calon Pro M di UiTM! Manalah para pelajar ini tahu makna dan siapa Pro M itu. Inilah yang menunjukkan ketidakmatangan ex MPP.

Tetapi pihak Tabloid Mim berterima kasih kpd golongan ini kerana mereka menyebabkan mahasiswa tertanya-tanya tentang Pro M dan mereka mula sedar kelompongan MPP kini. Kesedaran mereka mula meningkat. Inilah yang kami mahukan. Syabas kalian semua.

Kini kesedaran mula meningkat. Wakil-wakil kami kini sudah berada di hampir semua fakulti dan akan bergerak ke kampus-kampus cawangan. Pencerahan akan berlaku mengenai hak dan segala konspirasi MPP kan terbongkar. Keputusan pilihanraya tidaklah menjadi keutamaan kami tetapi budaya mengkritik, menganalis dan berdebat mula kedengaran. MPP tak lagi selesa seperti dulu.

Segala hujahan balas mengenai 12 manifesto dan usaha mempertahankan PERKASA, VOGUE dan GPMS adalah usaha-usaha yang menampakkan kebodohan sebenar MPP. Benang yang basah mahu ditegakkan, nescaya ia pasti akan jatuh jua. Begitulah senario politik kampus 2011. Pemilihan calon yang ketat, tempoh berkempen yang sekejap dan penyebaran risalah Gerakan Sayangkan MPP UiTM adalah lambang demokrasi yang nazak dan lesu.

Kesimpulannya, mahasiswa makin sedar mengenai hak mereka. Keperluan Pro M sebagai check and balance dan kredibiliti calon-calon yang bertanding. 12 Manifesto hanyalah satu simbol usaha kesedaran yang menyebabkan ex MPP tak senang duduk. Tahniah kepada ex MPP yang takut pada bayang-bayang sendiri.

 

p/s: siapalah agaknya yang rajin menyebarkan pamphlet itu? Fotostat di Section 2 barangkali, kahkahkah..

 

Posted in: Uncategorized