komentar pinggir buat RUUPA 2011

Posted on November 23, 2011

0


Rang Undang – Undang Perhimpunan Aman 2011, yang diwarwarkan adalah bertujuan untuk memberi garis pandu pada warganegara malaysia, tentang tatacara dan tingkah laku untuk berhimpun secara aman dan tanpa senjata. RUUPA 2011, mengandungi 27 fasal, dan terbahagi kepada 6 bahagian.

RUUPA 2011, di dalam fasal 2 RUUPA 2011, matlamat akta adalah untuk memastikan setiap warganegara mempunyai hak menganjur dan menyertai perhimpunan aman, yang mana tertakluk pada sekatan-sekatan yang digariskan di dalam RUUPA 2011.

Rang undang – undang yang bakal mengantikan seksyen 27 akta Polis 1967 ini sebenarnya, jika diperhalusi satu-satu, merupakan azimat terkebal buat pihak penguatkuasa, dalam menagani protest aman. setiap fasal yang berkaitan penyuraian dan pengawalan memberi kuasa halal bagi mereka dalam apa bentuk segala cara pun bagi merelakan seseorang untuk ditahan, seperti mana dinyatakan di dalam fasal 8 dan juga di dalam fasal – fasal di bahagian 5 RUUPA 2011, yang menyentuh tanggungjawab polis dalam mengawal dan menyurai.

Proses dalam mendapatkan permit berhimpun juga merupakan sebuah faktor sekatan dalam berhimpun, dogengan-dogengan ini yang memomokan masyarakat, menutuh mereka tentang buruknya berhimpun.

Hakikatnya, ia masih bermotifkan politik, dongengan teragung pada abad ini, penceritaan cukup puitis bagi mereka-meraka yang kurang celik. Pelakuan terzalim dalam menodai tradisi sebenar perhimpunaan aman.

pautan ke RUUPA 2011
http://xa.yimg.com/kq/groups/2746400/903642789/name/img-Y22142722.pdf

Posted in: Brader Mekong