Browsing All Posts filed under »Si Kancil«

The Rising Day

December 10, 2011

2

Kalau benar Melayu hebat, biarkan sahaja dia berucap kerana dia juga Melayu. Kalau benar Melayu kuat, biarkan sahaja dia berucap atas nama kebebasan. Kalau benar Melayu berpadu, biarkan sahaja dia berucap kerana kita yakin atas perpaduan kita. Ternyata, mahasiswa UiTM kebanyakan masih lena

Peringatan Buat Calon PRK

February 15, 2011

2

Setiap pilihanraya akan ada skuad pemantau untuk menguruskan perjalanan pilihanraya. Skuad ini mempunyai kuasa seperti Suruhanjaya Pilihanraya(SPR). Mereka inilah yang tidak tidur malam membantu supaya perjalanan piliharaya aman dan tiada kekecohan. Mereka terdiri daripada ex-MPP sama ada sudah bekerja atau yang masih belajar. Pemantau inilah yang akan menjalankan kem-kem kepimpinan kepada bakal calon MPP.   […]

Awas! E-Voting & Hak Anda

February 15, 2011

1

Sejak tahun 2004, penggunaan e-voting sebagai medium pembuangan undi telah diguna pakai hampir di seluruh kampus universiti di Malaysia. Kaedah ini mula diperkenalkan di Universiti Putra Malaysia(UPM). UPM dan UIAM antara yang terawal menggunakan sistem ini. UiTM pula sudah tiga tahun menggunakan e-voting sjak tahun 2007. Apa yang menarik tentang e-voting ialah penggundian berkomputer yakni […]

Diari: 11 Jan 2011

January 14, 2011

3

Kali ini aku menulis dengan penuh bangga. Mahasiswa sudah tidak lagi menjadi anak kecil yang masih berhingus tebal. Aku kira hari ini, mahasiswa lebih matang daripada orang-orang tua yang sudah beruban atas bawah. Aku bukan sekadar beromong kosong, Buktinya, Perhimpunan Mahasiswa Negara telah mengembalikan demokrasi kepada mahasiswa. Bilang saja, cakap saja. Usah gentar. Itulah yang […]

Aku & Kita adalah Satu

January 13, 2011

2

Aku percaya dengan sejarah negara. Aku telah diajar untuk bersetuju yang bangsa Melayu adalah penghuni asal di bumi bertuah ini. Aku telah diberitahu yang British juga mengekalkan kuasa Sultan dan hak melayu walaupun dijajah. Aku juga diceritakan yang bangsa Cina dan India datang ke Malaysia sebagai imigran melalui sistem Kangcu dan Kangani.   Aku telah […]

Bocor (2)

December 18, 2010

19

1. Seperti yang pernah saya nukilkan sebelum ini, wujudnya unwritten law untuk para calon MPP. Kata mereka kem ini penting untuk para calon MPP. WAJIB! Kalau tak pergi, susahlah nanti. Susahlah??! Mereka seolah-olah berahsia mengenai kem. Calon akan dibawa dan dikumpulkan di suatu tempat. Lokasinya berdekatanĀ  dengan kedai nasi lemak sedap di Shah Alam. Mereka […]

Agama & Kemajuan

December 18, 2010

2

Selepas dikejutkan dengan pengumuman Mega Tower yang akan dibina oleh Permodalan Nasional Berhad dalam Bajet 2011, rakyat Malaysia dikejutkan dengan satu lagi visi pemerintah yang mahu menjadikan Malaysia sebagai hub hiburan. Di kotak mindaku, hanya tertumpu mengenai cadangan menbina Disneyland, atau Taman Tema terbesar. Namun, sangkaanku meleset tatkala membaca Malaysian Insider. Hub hiburan yang dimaksudkan […]