ha wau ro mim ta

Posted on December 14, 2011

2


Meow~ Setiap dari kita pasti ada yg menyukai binatang. Tidak kisahlah
kucing, anjing, hamster, tikus, sugar glider, ikan, kura-kura, ular,
burung, arnab mahupun babi, pasti ada antara yang disebutkan menjadi
haiwan peliharaan masing-masing. Teman dari spesis lain ini mampu
membuatkan kita bahagia dan terhibur melihat gelagat mereka. Pernahkah
kalian terfikir, sekiranya mereka ini mampu berbicara, adakah mereka
akan memuji atau mencerca kita?

Aummmm! Semuanya terpulanglah kepada layanan kita masing-masing.
Setiap pencinta haiwan a.k.a teman dari spesis lain ini mungkin
mengibaratkan mereka ini lebih sekadar haiwan peliharaan, bahkan
mereka inilah teman dari spesis lain. Satu impak positif yg dapat
dilihat utk golongan pencinta haiwan ini ialah sifat hormat itu
sendiri. Andaikata kita, manusia yang punya akal dan jasmani, yang
mana lebih sempurna dari mana-mana jenis haiwan, tidak menghormati
haiwan, yang mungkin miliki kurang kesempurnaan berbanding manusia,
sejauh manakah kita mampu utk saling menghormati sesama sendiri?
Mengambil iktibar kes penderaan haiwan yang berlaku, mungkin di
kawasan anda, mungkin di kawasan girlfriend/boyfriend anda, mungkin
juga di kawasan skandal skandal anda, hilangnya hormat kita terhadap
haiwan menjurus kepada membuaknya perasaan biadap. Biadap? Aku tidak
pasti apa perkataan yang sesuai utk golongan iq tahap rendah ini. Tapi
yang pasti, haiwan itu sendiri mendidik kita, menyemai perasaan hormat
terhadap mereka, yg mana mereka juga makhluk ciptaan tuhan yg
melengkapi keindahan setiap sudut bumi ini.

Woof! Tampar diri anda sendiri dgn sekuat hati, seperti anda
melampiaskan kemarahan apabila berlaku proses kehidupan yang rumit
a.k.a masalah hidup. Sakit bukan? Begitu jugalah apa yang dirasakan
oleh haiwan apabila mereka sering menjadi mangsa sepak terajang
hardcore kepala hotak kau para penyeksa, para pendera. Ampun. Bukan
anda, tetapi mereka, spesifiknya, golongan iq rendah yang mendapat
kepuasan tahap klimaks ringan ringan apabila menyeksa/mendera haiwan.
Haiwan juga punya perasaan. Sama seperti perasaan kekasih anda yang
anda sakiti bila gagal menunaikan janji utk dating di tutty fruity.
LOSER. Golongan pendera+penyeksa ini layak disaman polis bantuan uitm,
yang rajin menjalankan ‘tugas’ mereka, bahkan secara personal dari
saya, para pendera dan penyeksa ini selayaknya
digilis,dilanggar,dirobek dan dibaham saja oleh peralatan yg sesuai.
No excuses for animal abuse.

Oink oink~ Tuhan memberi kita akal utk kita mampu berfikir. Fikirkan
begini, area Shah Alam bnyk kucing dan anjing yg terbiar, hidup
melarat di jalanan, ada yang mati menjadi tar di jalanraya, ada yang
mati disepak diterajang syaitan jelmaan, apa yang mampu kita lakukan?
Sederhananya, dengan memberi mereka sisa makanan kita mungkin sudah
mencukupi. Kajian peribadi saya mendapati bahawa sesetengah dari kita
lebih suka membazir dengan tidak menghabiskan makanan, #untunglah
keluarga kau org kaya, setiap langkah kau berlapis duit,  makanan
buang buang saja. Oopss. Ini bukan gurauan. Berilah sisa makanan itu
dan kumpulkan, berikan kepada haiwan haiwan terbiar ini, yang mana
mereka lebih menghargai makanan. Mungkin kontribusi ini nampak
sedikit, namun haiwan pasti ceria mendapat rezeki ini. Bagi yang
berkemampuan utk mengeluarkan sedikit dana, silalah membeli makanan
utk haiwan ini. Contohnya, pek makanan basah utk kucing, keropok
kucing dan sebagainya. Andai anda mampu utk topup kredit setiap
minggu, mampu menjamah asap Dunhill mahupun Nusantara, kenapa tidak
dengan makanan utk haiwan?

Mbekkkk~ Perasaan hormat itu punyai skop yang besar dan menghormati
haiwan boleh dijadikan sebagai asas utk kita memupuk dengan lebih
mendalam lagi hormat itu. Penulisan ini diharap dpt membuatkan kita,
tidak terkecuali diri saya sendiri, utk berfikir dan terus berfikir.

Kehormatan kamu, bagai sampah bagi saya bila kamu tidak menghormati haiwan.

Posted in: selfserve